Isnin, 8 Oktober 2012

Sampah O Sampah...

Huh... pening kepala dibuatnya bila nak pikir pasal sampah yang menimbun kat luar tu.. dah macam hantu longgok.  Ada ke nama hantu longgok?  Ntah..  tapi tentu menakutkan bila sampah dah berhari-hari tak dikutip bertimbun macam tu.  Ntah-ntah dah berulat pun.  Mengikut jadual biasa lori majlis perbandaran akan datang tiga kali seminggu sebelah pagi..hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mula-mula pagi tak datang petang baru kutip. Lepas tu mula skip satu hari esoknya baru ambik. Lama-lama dua.. tiga ...empat hari baru datang kutip. Akhir-akhir ni pulak sampai seminggu... Nasib baik ada sepokok dua pokok bunga yang wangi baunya ditanam kat situ. Kalau tidak sedut la bau busuk sampah yang dah berhari-hari tu..Tak sedapnya  ada yg nampak lori tu memang ada lalu kat kawasan ni tapi sekadar lalu je..macam  nak survey banyak ke tidak sampah nak dikutip. tu... Bukan nak kata..tapi kata la juga .. kalau sekadar lori sampah rosak sebagai alasan itu tak ada makna la...  Kenalah pikir alternatif lain yg patut diambil.  
         Jangan kawasan perumahan kita jadi seperti dalam gambar ni sudahlah...Lu pikirlah sendiri..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...