Pagi-pagi lagi mesti pekena soto Kak Som. Kuah sotonya dah tercium dari jauh. Tak tau lah kenapa tiap-tiap hari makan pun tak jemu. Walhal banyak lagi makanan lain ada di jual di situ. Kadang-kadang sengaja tukar menu sarapan tapi rasa serba tak kena. Tempat kerja taklah jauh sangat dari tempat ni. Tapi terpaksa jugalah menapak awal pagi lagi sebelum masuk kerja, Kalau terlambat bungkus je. Tapi makan disitu lebih terangkat sebab boleh hirup supnya yang panas berasap. Kak Som faham sangat kalau kami yang datang makan mesti minta ayam lebih.
Datang ni pun sebab tetiba rasa nak makan mi soto ni. Bezanya kali ni bukanlah Kak Som yang menyediakannya. Mungkin disebabkan faktor usia perniagaan ni dah diambilalih oleh anaknya. Sotonya walaupun tak dapat menandingi yang dulu masih boleh terasa jugalah. Oleh kerana datang pun dah agak lewat mi dan mihun dah habis. Yang ada tinggal lagi semangkuk mi dan ketiaw sup...last kopek.
Uncle yang memakai apron tu merupakan peniaga paling lama di situ. Dah beberapa generasi pekerja pejabat yang makan minum di situ bersilih ganti tapi dia tetap seperti dulu... Tabik, uncle.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan