Bangun pagi macam biasa je. Tak la sejuk sangat dibandingkan masa-masa dulu. Kalau dulu nak gosok gigi pun tangan mengeletar sampai tergosok bibir. Entahlah mungkin kerana terlalu banyak gunung dan bukit ditarah di kawasan ni. Pembinaan hotel, apartment, tempat-tempat perniagaan termasuk ladang-ladang teh, strawberry, sayur-sayuran, bunga, dan ladang ternakan lebah nampaknya tumbuh di mana-mana saja. Lama kelamaan Cameron Highlands akan hilang kedinginannya oleh kerakusan manusia yang mengejar ringgit semata-mata.
Rumah Tasik di Habu, Ringlet |
Selepas sarapan beredar pulak ke pasar pagi Brincang.
Mencari sesuatu di pasar pagi Brincang |
Segala macam ada di jual di sini. Tapi bila dah selalu datang ke mari tak la mengila sangat nak memborong. Jalan-jalan tuk cuci mata je. Semua tempat yang nak dilawat pun dan dah tak teruja sangat.
The Smokehouse |
Macam mana pun yang tetap tidak membosankan ialah panorama ladang teh yang tiada kata-kata dapat menggambarkannya. Lepak-lepak di cafe lereng bukit sambil menikmati secawan teh panas pudina atau peppermint atau lain-lain rasa...Huhh...layannn.
Ladang Teh Bharat |
Uniknya pemandangan ladang teh yang memukau ini boleh juga dilihat menerusi dinding cermin dalam bilik tandas. Hehehe....sambil termenung mencari ilham. Jangan ada yang meneropong dari jauh sudahlah...
Pernah tengok buah ni? Apek yang jual tu beritahu namanya buah kuku rimau.
Dalam perjalanan balik pun kami dijemput singgah rumah sahabat di Kampung Raja. Bersusah payah keluarganya menyediakan minuman petang bersama hidangan mihun goreng. Kami juga dibekalkan dengan sayur hasil tanaman ladang mereka, ada kobis, salad, sawi dan tomato. Terima kasih banyak-banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan