Ujung minggu ni tak tau nak buat apa. Fikir punya fikir buat keputusan nak balik kampung bersihkan laman rumah ayahanda bonda. Benda macam ni bukan boleh dirancang. Tup tup dah ada hal lain tak jadi pulak. Awal pagi lagi dah bersiap. Makanan... nasi lemak lauk sambal ikan sardin dan telur adik yang sediakan. Saya sediakan nasi putih, ayam goreng dan udang berempah. Simple je.... janji ada sambal dan ulam-ulaman. Sekor ikan jelawat besar yang kakak beri semalam pun dibawak juga untuk dipanggang siap dengan bahan sambal cicah. Hmm apa lagi... jom.
|
Baby tengah bergolek atas rumput tu..... |
Baby pun ikut sama. Seronok dia bergolek atas tanah dan rumput. Semua benda diusik. Ayam dikejarnya, rerama yang terbang hendak ditangkap. Daun dan ranting kayu yang dah disusun habis berselerak dikerjakannya. Paling kelakar bila dia mengintip sepasang itik angsa yang jalan terkedek-kedek kat situ. Dia nampak macam pelik sangat. Tak pernah tengok itik angsa. Dah tu terus menyorok dalam semak. Hehehe... baby, baby....
|
Baby kat bawah arrow kuning tu. Tak boleh nak closeup sebab itik tu asyik nak menyerang je... takuttt | | |
|
|
|
Baby skodeng... |
|
|
kerja kerja!....di hujung tu Sungai Perak. Pokok-pokok liar dah banyak tumbuh menghalang pemandangan | | | |
| |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandangan sebelah kanan rumah...
|
Lorong turun ke Sungai Perak |
|
Ini jalan menghala ke Sungai Perak. Pokok teh yang ditanam dikiri kanan laluan membentuk seperti terowong. Kalau di
trim selalu pokok ni memang nampak cantik. Dulu kat sinilah tempat yang paling disukai. Rehat-rehat di laman rumah sambil menikmati pemandangan Sungai Perak. Musim air sungai surut ramai kanak-kanak turun mandi di sungai. Yang teringin nak makan siput sedut turunlah ke sungai mengutip boleh dapat berkilo-kilo. Sayang ia dah tak semeriah dulu. Maklum saja yang kanak-kanak dah dewasa, yang muda beransur tua, yang tua dah uzur dan ada juga yang dah pergi buat selamanya.... Begitulah peredaran masa.
Walaupun rumah ini bukanlah rumah yang didiami sejak kecil tapi ia penuh dengan peristiwa suka dukanya. Selepas ayahanda pencen baru keluarga berpindah di sini. Masa itu saya pun tak dapat bersama mereka sebab merantau nun jauh di ibu kota. chewah!! Jauh la sangat. Tapi pantang je ada peluang memang terus cabut balik kampung. Kelakarnya ada je alasan nak panjangkan cuti nak dok lama di kampung.
Akhirnya siap jugak kerja-kerja dalam operasi kali ni. Bila tengok balik hasilnya rasa seronok dan teruja nak bersihkan bahagian-bahagian lain pulak dalam operasi akan datang. Insya-Allah....
kat mana kampung tu?..tengok suasananya teringat kampung arwah ayah..pun dekat dengan sungai perak..
BalasPadam...KAMPUNG SEMAT ....