Ahad, 18 November 2012

Jemputan kawin...



            Cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun memang dinantikan oleh semua orang. Pelajar-pelajar memang menunggu masa ni untuk merehatkan minda dan melakukan apa saja aktiviti yang tidak boleh dilakukan waktu persekolahan.  Seawal pagi dah dengar riuh rendah suara mereka di laman rumah berborak sesama kawan.  Di mana saja ada kawasan  lapang di situlah mereka berkumpul dan bermain.  Sana sini bersusun-susun basikal. Ada je aktiviti mereka.
Bagi mak bapak pulak kerja makin bertambah. Kerja mengemas, membasuh dan memasak menuntut lebih masa dan tenaga.  Dan yang paling penting tugas mengawasi kegiatan mereka seharian.  Perancangan masa perlu dibuat untuk mereka supaya cuti yang panjang tidak berlalu sia-sia.
        Musim ini juga lebih dikaitkan dengan musim kenduri kawin.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja jemputan. Dalam sehari bertindih-tindih pulak sampai dua tiga yang buat kenduri kawin.  Itu tak  termasuk majlis bertunang, bersunat, cukur jambul dan lain-lain lagi,  Dalam satu kawasan perumahan boleh nampak khemah didirikan di mana-mana.  Pernah berlaku jemputan tersalah rumah. Makan dah selesai bila nak jumpa pengantin dah tersipu-sipu rupanya jemputan di rumah sebelah.  Kira halal je la...
         Apabila terlalu banyak undangan pening kepala juga.  Maklumlah ada masanya badan rasa tak berapa sihat maka mood pun hilang.  Poket pulak mestilah berisi kalau rumah kenduri tu agak jauh untuk duit minyak, duit tol dan belanja lain.  Bagi perempuan pulak nak ke  majlis kenduri ni mestilah kena ada pakaian yang sesuai.  Asyik recycle pun naik segan pulak. Nak lagi tetamu yang hadir adalah  dalam lingkungan tempat yang sama. 
        Apa pun sebagai penerima jemputan sememangnya wajib kita memenuhi undangan.  Sabda Nabi s.a.w, "Bebaskanlah tawanan, penuhilah undangan dan jenguklah orang yang sakit"  Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari.
        Tuan rumah seharusnya berterimakasih sangat-sangatlah kepada tetamu yang hadir.  Ini bukanlah kerana isi dalam tangan  ketika menghulurkan salam tetapi atas kesudian mereka meluangkan sedikit masa nak sama-sama memeriahkan majlis.  Mereka ni sanggup datang walaupun menghadapi masalah sendiri untuk menunjukkan muka demi persaudaraan, persahabatan dan kejiranan.  Bayangkanlah tetamu yang dijemput ramai yang tak dapat datang kemanalah nak dihalakan makanan yang berlambak-lambak tu.  Kejadian macam ni tak mustahil berlaku.  Begitu juga kalau sebaliknya.   Huhuhu...inilah situasi yang membuatkan tuan rumah tak tidur malam.
      Ada jugak orang buat kerja kawin tapi tak jemput jiran sekeliling.  Malah jiran terdekat di depan rumah yang bertemu bumbung rumah dengan bumbung khemah pun tak dipelawa! Walhal tetamu yang datang meletakkan kereta di depan pintu pagar jiran hinggakan tuan rumah nak keluar pun susah.  Pelik tapi benar.  Kita tak boleh nak kata apa.  Kenduri tu kenduri dia, suka hati dialah...  Jiran-jiran tengok dan dengar je la.  Cakap banyak pun tak guna tambah dosa ada. 

Rabu, 14 November 2012




Salam Maal Hijrah.


Terbenamnya matahari pada petang ni masuklah ke tahun baru 1434 hijrah.  Masa berlalu dengan pantasnya.  Bila direnungkan kembali setahun yang sudah pergi itu terasa sedih dan sebak.  Segala janji dan azam di awal  bulan Muharam yang lalu sedikit sangat dapat dipenuhi.  Malu rasanya pada diri sendiri kerana hanya pandai berjanji tapi tak melaksanakannya. Namun amat bersyukur kerana Allah mengizinkan bertemu sekali lagi bulan Muharam yang penuh dengan rahsia dan . kelebihannya.  Sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda maksudnya,"Seutama-utama puasa selepas Ramadan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharam  dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam".

           Kepada yang telah berjaya menghijrahkan diri daripada yang tidak baik kepada baik dan daripada baik kepada terbaik, alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kekuatan dan mempermudahkan perjalanan hidup kita di tahun ini dan tahun-tahun yang mendatangkan.  Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...