Khamis, 3 Januari 2013

Baby demam...

Hari ni Baby teruk dikerjakan si Memey. Habis satu badan berlumuran dengan kotoran. Mana tidaknya masuk longkang keluar longkang diburu si Memey. Entah apa yang dia sakit hati sangat dengan si Baby pun tak taulah.  Kesian juga  tengok Baby kesejukan selepas  dimandikan dalam cuaca lembab begini.  Nak berjemur pulak tak dapat sebab sejak dua tiga hari ni asyik hujan je.  Semalam hujan turun di tengah-tengah malam.  Pagi ni pun hujan turun lebat juga.

Badan dah berlumur dengan lumpur nak tak nak terpaksa juga dimandikan.  Menjerit-jerit dia kesejukan.  Ha...itulah lain kali kalau nampak pakcik Memey tu cepat-cepat cari tempat sembunyi.  Kalau tidak sampai lubang cacing pun diburunya,  Itu masa mood tak baik si Memey tu la.  Tapi kalau waktu makan si Memey pulak yang tunduk takut dengan penangan tinju si Baby.


Hmm... dah demam pun Baby.  Ada-ada aje si Memey dan si Baby ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...