Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah...di hari yang bersejarah ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang kita kasihi dan sanjungi mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia ini. The greatest man that ever lived...
In a time of darkness and greed
it is your light that we need
you came to teach us how to live
Muhammad ya Rasul Allah
You were so caring and kind
your soul was full of light
you are the best of mankind
Muhammad khayru khalqi Allah.....
Maheer Zain
Beruntunglah mereka yang hidup di zaman baginda Rasulullah S.A.W apalagi saudara mara dan sahabat-sahabat yang dapat menatap wajah baginda, bergaul dan menerima nasihat-nasihat terus dari beliau. Kita yang hanya sekadar membaca dan mendengar tentang keperibadian baginda Rasulullah S.A.W pun sudah cukup tergetar dan terkesima....inikan pula berdepan dengan nabi pilihan itu sendiri.
Baginda adalah insan yang termulia di muka bumi ini. Kasih dan sayang kepada umatnya tidak pernah putus sehinggakan di saat-saat akhir nafasnya...(till his last breath)... baginda S.A.W masih merisaukan umatnya. "Umatku, umatku, umatku..." Ahhh... sebak rasanya,,,, Adakah kita umatnya ini mengingati baginda S.A.W dalam kehidupan kita ini...
Jadi, bukan saja pada hari ini, sempena hari memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S. A.W kita berselawat malah pada bila-bila masa tanda kasih kita terhadap beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan