Selasa, 8 Januari 2013

Ucapan syukur alhamdulillah...

Sama hari dengan Baby demam, petangnya tuannya pulak yang tumbang.  Sesuatu yang tak disangka.... seringkali mendatangi kita..  Itulah bait-bait lagu berjudul Suratan atau Kebetulan nyanyian Kenny, Remy & Martin yang pernah popular satu ketika dulu.  Memang benar... ribut tidak angin pun tidak tetiba aku terjatuh macam tu jer... Masa tu sedang menarik ranting-ranting buluh yang baru di tebang di laman.  Tak sangka pulak boleh terjatuh macam tu sekali dengan kepala terhentak di tepi pasu sampai bengkak dan benjol.  Paling tak masuk akal macam mana pulak aku boleh terduduk dalam tong yang dibuat menadah air hujan tu...  Puas jugaklah aku mengandai-andaikan cerita macam mana ia boleh berlaku.


     Masa tu tak terasa sakit-sakit badan lagi.  Dah nak malam baru terasa sengal dan kepala pulak berdenyut-denyut.  Sambil meraba-raba benjol di kepala tu teringat pulak cerita Sin Chan yang selalu benjol di kepala  bila kena ketuk emak dan ayah disebabkan kenakalannya.  Hehehe... dalam sakit-sakit sempat jugak berimaginasi ...
     Bila badan dah sakit fikiran pun mula macam-macam.  Mulalah fikiran bercelaru rasa nak pergi jumpa doktor atau nak ambik ubat penahan sakit atau nak pergi berurut jer... Kalau ke hospital takut pulak kena tahan tak boleh balik..  Ooi.. tak boleh jadi...tak boleh...
     Dah dua hari baru ambik keputusan nak pergi berurut dengan kakak dan adik.  Dua-dua pun terror tau... Selepas berurut tu adalah kurang sikit sakitnya.  Tapi badan dah masuk angin..(angin satu badan da...)  Berjalan pun rasa senget.  Kepala pulak rasa ting tong je..  Masa nilah baru terasa nikmatnya semasa sihat!  Insaf... Mungkin kelalaian dengan nikmat dan anugerah ini maka Allah hendak memberikan ingatannya... 
     Tiada kata-kata dapat dilafazkan melainkan syukur alhamdullillah kerana Allah menyedarkannya.  Hakikatnya diri ini insan yang mudah lupa dan jarang bersyukur ketika sihat.  Setiap hari menyedut udara tanpa sedar nikmat yang diberi Allah secara percuma. Berjalan-jalan di bumi Allah, melihat, mendengar dan .... banyaknya....
    Syukur alhamdulillah... segala puji bagi Allah....

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...