Sungai Perak waktu pagi |
Pagi yang gelap kini sudah terang... Ooo.. itu lagu Hujan... tapi pagi ni cuaca elok tak hujan pun. Walaupun jam 6.45 pagi langit kelihatan cerah. Angin bertiup dari arah sungai membuat badan terasa amat segar. Istimewanya kat sini sambil beriadah dapat pulak menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah.
Pemandangan Sungai Perak dan Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah |
Bermeditasi... |
Biasanya di atas dataran yang menghadap ke Sungai Perak tu tempat seorang lelaki berbangsa Cina selalu bermeditasi. Daripada hari pertama saya berjalan di situ ....dah bertahun pun ...saya tengok dialah yang duduk di situ... tapi pagi ni orang lain pulak..seorang perempuan Cina...
Sambil jalan-jalan tu terfikir juga mungkin cuaca agak kering menyebabkan ramai tak turun. Saya sendiri pun kalau tak kerana badan dah mula rasa memberat malas juga nak keluar waktu cuaca kering dan panas macam ni. Bukannya apa balik ke rumah nanti satu kerja pun tak boleh nak buat..... keletihan... Maklum je la enjin lama...semuanya berkarat.
Dalam masa orang lain sibuk dengan aktiviti nak menjaga kesihatan satu couple ni pulak tenggelam dalam dunia mereka sendiri... |
Saya kagum bila tengok kaum lain walaupun dalam usia lanjut amat rajin melakukan riadah di pagi-pagi hari. Ada di antara warga emas ini nampak uzur sangat tapi dengan tabah mampu menyusun langkah sedikit sedikit. Yang rasa kuat sikit mereka menyertai kumpulan .taici . Senaman ini bagus bagi yang mengalami sakit-sakit sendi - artritis sebab pergerakannya lembut. Dari jauh dah dengar riuh suara instruktor memberi arahan dalam bahasanya sambil mengatur pergerakan. Kumpulan taici ni tak ada ahli tetap...siapa nak join ikut je di belakang. Semua kaum tak kira tua ke muda semua boleh turut serta.
Harap-harap minggu depan boleh ikut serta...
Ada berapa pusingan lagi...huhuhu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan