Hancurlah harapan pasukan Harimau Malaya untuk beraksi di final Piala AFF Suzuki 2012. Permainan dengan Thailand semalam meninggalkan calar di hati pemain dan peminat pasukan negara. Tindakan refree Lee Min Yu yang mengeluarkan kad merah kepada Mohd. Fadhli Shas mengundang rasa tekanan kepada pasukan negara di separuh masa pertama. Manalah tahan bermain dengan hanya 10 orang dalam keadaan tertekan begitu. Sudahlah layanan yang diberikan kepada pasukan kita pun dengarnya kurang memuaskan. Keputusan mungkin berbeza jika insiden ini tidak berlaku.
|
Mungkin tindakannya semalam menggangu emosi pemain |
Baby pun menonton tv jugak semalam tapi tak lama.
|
Eh..eh apa pulak ni... |
|
Ini tidak adil! Mungkin itulah kata-kata Baby... | |
Selepas dengar orang semua bising-bising dia terus turun ke tempat lain. Apa lagi jilat bulu dan tido le....
Apapun tahniah juga diucapkan kepada skuad Harimau Malaya di atas usaha kalian. Semoga apa yang berlaku tidak melemahkan semangat juang dan Harimau Malaya akan terus mengaum di persada sukan tanah air dan antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan