Sesetengah orang suka membeli-belah di hujung tahun (year end sales) atau di musim-musim perayaan kerana kebanyakan pusat-pusat peniagaan menawarkan potongan harga terendah. Kalau di hujung tahun macam ni alasan peniaga kononnya nak habiskan stok lama. Sebab itulah sana sini nampak kotak-kotak besar penuh dengan beg tangan, kasut, pakaian malah apa saja barangan yang dikira behind the time...dijual dengan potongan harga 20%, 50% ataupun 70%. Ada juga yang membuat penawaran promosi seperti pemberian kupon diskaun untuk pembelian yang seterusnya.
Kebetulan pulak perayaan Krismas memang disambut di hujung tahun makin ramailah yang keluar berbelanja.
Promosi jualan kembali ke sekolah dilihat sana sini. Pakaian dan peralatan sekolah dilambakkan di bahagian depan tempat perniagaan untuk menarik perhatian pelanggan.
Sebuah kedai ini memikat pelanggan dengan cara tersendiri. Semua promoter dan pekerja di bahagian kaunter masing-masing memakai pakaian seragam sekolah rendah dan peringkat menengah. Lucu pun ada melihat gelagat "kanak-kanak sekolah" ini sibuk melayan pelanggan mereka.
Kepada yang seronok berbelanja tu eloklah berhati-hati. Inilah masa pencopet ataupun peragut melakukan tugas mereka. Terleka sekejap je beg tangan boleh lesap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan