Penuh sesak pekan Kuala Kangsar dengan pelbagai kenderaan apabila kebanyakan jalan ditutup sementara. Bagi yang tau ada peristiwa berlaku di pekan Kuale pada hari ini mungkin tidak terkejut. Tapi bagi yang tidak tau masing-masing terpinga-pinga bila terperangkap dalam kesesakan.
Inilah penangan Le Tour de Langkawi... Lokasi acara penamat perlumbaan bagi peringkat kedua dari Serdang - Kuala Kangsar diadakan di di Padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Lebih kurang jam 4.30 petang laluan yang terlibat dah mula ditutup. Akibatnya berderet kereta, lori, dan motosikal bermula dari kawasan Jambatan Sultan Abdul Jalil bertali arus ke kawasan pekan. Tak terkecuali yang menaiki basikal.
Theo Bos dari Pasukan Blanco Pro Cycling (Belanda) muncul juara jersi kuning buat kali kedua. Sebelum ini beliau telah memenangi tempat pertama dalam peringkat pertama Kangar - Kulim sejauh 162.7 km. Bagi perlumbaan stage 2 Serdang - Kuala Kangsar ini perjalanan sejauh 117.8 km. Esok bagi stage 3 acara dimulakan dari Sungai Siput - Cameron Highlands sejauh 140.7 melalui jalan yang sukar ke puncak Cameron Highlands.
Walaupun acara dah berakhir kenderaan masih sesak di jalan-jalan.
Daripada terkandas dalam arus kenderaan tu lebih baik pergi minum dulu. Kami singgah minum di sebuah gerai berhampiran
Jambatan Sultan Abdul Jalil.
Terbaca pulak nota ini di tiang gerai... Hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan