Ahad, 24 Februari 2013

Kuala Kangsar International Motorcross...

    Baru semalam pekan Kuale dipenuhi penduduk tempatan dan dari luar.  Hari ini satu lagi event yang menarik diadakan.  Bertempat di trek motorcross Sayong Tebing di tepi Sungai  Perak berlangsung satu perlumbaan motosikal 'Kuala Kangsar  International Motorcross'.  Ia dianjurkan oleh sebuah kelab sukan yang dikendalikan oleh anak-anak Sayong yang dinamakan Sayongville Motorcross Club (SMC).  Hebat betul diorang ni.

Trek ini berlatarbelangkan Sungai Perak dan Istana Iskandariah memang indah. 

 Laluan masuk ke litar perlumbaan
Macam kenal je abang yang pakai baju merah putih tu


 YB Dato' Wan Khairil Anuar memberi ucapan di majlis perasmian

 

 Antara pasukan yang bertanding

Secara peribadi salah seorang yang memberi ucapan pada hari itu (saya tak pasti ..) menyatakan beliau terkejut dengan segala persiapan dan usaha-usaha yang dibuat oleh ahli-ahli persatuan ini  mampu mengadakan acara seperti ini.  Sambil bergurau beliau mengatakan tapak trek ini seperti lokasi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah...yang memang pun dilakukan di Kuala Kangsar......hehehe..
Sayup-sayup di belakang ialah Istana Iskandariah Bukit Chandan

Acara ini diadakan selama dua hari (23 dan 24 Februari 2013).  Sayang tak dapat menyaksikan perlumbaan ini hanya sempat menyaksikan perasmian. Harap di tahun depan ada peluang.

Jumaat, 22 Februari 2013

Le Tour de Langkawi....Kuala Kangsar

Penuh sesak pekan Kuala Kangsar dengan pelbagai kenderaan apabila kebanyakan jalan ditutup sementara.  Bagi yang tau ada peristiwa berlaku di pekan Kuale pada hari ini mungkin tidak terkejut. Tapi bagi yang tidak tau masing-masing terpinga-pinga bila terperangkap dalam kesesakan.
 


     Inilah penangan Le Tour de Langkawi...  Lokasi acara penamat perlumbaan bagi peringkat kedua dari Serdang - Kuala Kangsar diadakan di di Padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Lebih kurang jam 4.30 petang laluan yang terlibat dah mula ditutup.  Akibatnya berderet kereta, lori, dan motosikal bermula dari kawasan Jambatan Sultan Abdul Jalil bertali arus ke kawasan pekan. Tak terkecuali yang menaiki basikal.








 Theo Bos dari Pasukan Blanco Pro Cycling  (Belanda) muncul juara jersi kuning buat kali kedua. Sebelum ini beliau telah memenangi tempat pertama dalam peringkat pertama Kangar - Kulim sejauh 162.7 km.  Bagi perlumbaan stage 2 Serdang - Kuala Kangsar  ini perjalanan sejauh 117.8 km.  Esok bagi stage 3 acara dimulakan dari Sungai Siput - Cameron Highlands sejauh 140.7 melalui jalan yang sukar ke puncak Cameron Highlands.





 


  
 
     Walaupun acara dah berakhir kenderaan masih sesak di jalan-jalan. Daripada terkandas dalam arus kenderaan tu lebih baik pergi minum dulu.  Kami singgah minum di sebuah gerai berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil.
     Terbaca pulak nota ini di tiang gerai...  Hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...